Wednesday 22 February 2017

Maulānā Zakarīyyā al-Kāndhalawī

#kisah Taqwa dan Tidak menyukai akan kemasyhuran dunia Maulānā Zakarīyyā al-Kāndhalawī

Syaikh Sufi Muhammad Iqbāl rah menulis,
“Apabila Mursyidku Maulānā Zakarīyyā rah telah dianugerahkan oleh Maulānā Khalīl Ahmad al-Sahāranfūrī rah akan perlantikan khalīfah dan ijazah di kota Madīnah, maka Maulānā Zakarīyyā rah memegang kaki Maulānā ‘Abd Qadīr al-Raifurī rah sambil merayu supaya beliau tidak memberitahu perkara (kekhalīfahan & pengijazahan) ini kepada sesiapa pun kerana dikhuatiri akan diserang dengan penyakit riak, takabbur dan segala jenis penyakit hati yang lain.

-- Walaupun beliau berjaya melarikan diri dari kemasyhuran dunia tetapi Allāh ta'ala telah memuliakan beliau dengan memasyhurkan beliau diseluruh dunia.

Juga ketika dicadangkan supaya urusan pentadbiran Jami‘āh Mazahīr al-‘Ulūm, Sahāranfūr diserahkan kepada beliau (Maulānā Zakarīyyā rah), maka beliau menolak sambil berkata kepada mereka yang memberikan cadangan tersebut, “Kalaulah sesuatu perkara berlaku nanti, tuan-tuan semua akan berlegar-legar mencari adakah sesiapa yang dulu namanya Zakarīyyā di sini!”

P/s: Wahai insan-insan yang mengaku mengikuti disiplin kesufian, ambilah pengajaran dari kisah Syaikh al-Masyaikh kita  ini. Bagaimana beliau melarikan diri dari kemasyhuran dunia dan ketaqwaan beliau.

No comments:

Post a Comment