Sunday 19 February 2017

10 Waktu Afdal Membaca Al-Ikhlas

10 Waktu Afdal Membaca Al-Ikhlas



Surah Al-Ikhlas adalah termasuk dalam kumpulan surah ‘Al-Mu’awwidzaat’ yang dianjurkan membacanya. Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam; “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seolah-olah dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an”  (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).
.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda lagi: “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga..” (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).
.
.
Waktu-Waktu Berkat Membaca Al-Ikhlas
Umat Islam dianjurkan membaca Surah Al-Ikhlas pada 10 waktu berikut:
.
1.  Wirid Selepas SolatDalam wirid selepas solat, dianjurkan membaca sekali atau tiga kali setiap surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.
.
Dari ‘Uqbah bin’ Amir, ia berkata;
أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ الْمُعَوِّذَاتِ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan padaku untuk membaca mu’awwidzaat di akhir solat (sesudah salam).” (HR. An Nasai r.a. dan Abu Daud r.a.)
‘Mu’awwidzaat’ adalah dimaksudkan kepada 3 surah pendek iaitu surah Al Ikhlas, Al-Falaq dan An Naas sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Hajar Al Asqolani. (Fathul Bari, 9 / 62)
.
.
2.  Solat Sunat Fajar (Qobliyah Subuh)
Surah Al-Ikhlas dianjurkan dibaca bersama surah Al-Kafirun ketika mengerjakan Solat Sunat Fajar (Qobliyah Subuh). Surah Al-Kafirun dibaca pada rakaat pertama selepas membaca Al-Fatihah, manakala surah Al-Ikhlas dibaca pada rakaat kedua.
.
Dari ‘Aisyah radhiyallahu’ anha, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
نِعْمَتِ السُّوْرَتَانِ يَقْرَأُ بِهِمَا فِي رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الفَجْرِ : { قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ } وَ { قُلْ يَا أَيُّهَا الكَافِرُوْنَ
“Sebaik-baik surah yang dibaca ketika dua rakaat Qobliyah Subuh adalah ‘Qul Huwallahu Ahad’ (surah Al-Ikhlas) dan ‘Qul Yaa Ayyuhal Kaafirun’ (surah Al Kafirun).”  (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Mas’ud).
.
.
3.  Waktu Pagi Dan Petang.Bagi memperolehi keselamatan dari segala sesuatu / keburukan, kita disarankan membaca surah Al-Ikhlas bersama-sama dengan ‘Maw’idzatain’ (surah Al-Falaq dan surah An-Naas) pada waktu pagi dan petang, setiap satunya sebanyak tiga kali.

No comments:

Post a Comment