Wednesday 22 February 2017

Maulānā Zakarīyyā al-Kāndhalawī

#kisah Taqwa dan Tidak menyukai akan kemasyhuran dunia Maulānā Zakarīyyā al-Kāndhalawī

Syaikh Sufi Muhammad Iqbāl rah menulis,
“Apabila Mursyidku Maulānā Zakarīyyā rah telah dianugerahkan oleh Maulānā Khalīl Ahmad al-Sahāranfūrī rah akan perlantikan khalīfah dan ijazah di kota Madīnah, maka Maulānā Zakarīyyā rah memegang kaki Maulānā ‘Abd Qadīr al-Raifurī rah sambil merayu supaya beliau tidak memberitahu perkara (kekhalīfahan & pengijazahan) ini kepada sesiapa pun kerana dikhuatiri akan diserang dengan penyakit riak, takabbur dan segala jenis penyakit hati yang lain.

-- Walaupun beliau berjaya melarikan diri dari kemasyhuran dunia tetapi Allāh ta'ala telah memuliakan beliau dengan memasyhurkan beliau diseluruh dunia.

Juga ketika dicadangkan supaya urusan pentadbiran Jami‘āh Mazahīr al-‘Ulūm, Sahāranfūr diserahkan kepada beliau (Maulānā Zakarīyyā rah), maka beliau menolak sambil berkata kepada mereka yang memberikan cadangan tersebut, “Kalaulah sesuatu perkara berlaku nanti, tuan-tuan semua akan berlegar-legar mencari adakah sesiapa yang dulu namanya Zakarīyyā di sini!”

P/s: Wahai insan-insan yang mengaku mengikuti disiplin kesufian, ambilah pengajaran dari kisah Syaikh al-Masyaikh kita  ini. Bagaimana beliau melarikan diri dari kemasyhuran dunia dan ketaqwaan beliau.

Sunday 19 February 2017

10 Waktu Afdal Membaca Al-Ikhlas

10 Waktu Afdal Membaca Al-Ikhlas



Surah Al-Ikhlas adalah termasuk dalam kumpulan surah ‘Al-Mu’awwidzaat’ yang dianjurkan membacanya. Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam; “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seolah-olah dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an”  (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).
.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda lagi: “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga..” (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).
.
.
Waktu-Waktu Berkat Membaca Al-Ikhlas
Umat Islam dianjurkan membaca Surah Al-Ikhlas pada 10 waktu berikut:
.
1.  Wirid Selepas SolatDalam wirid selepas solat, dianjurkan membaca sekali atau tiga kali setiap surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.
.
Dari ‘Uqbah bin’ Amir, ia berkata;
أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ الْمُعَوِّذَاتِ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan padaku untuk membaca mu’awwidzaat di akhir solat (sesudah salam).” (HR. An Nasai r.a. dan Abu Daud r.a.)
‘Mu’awwidzaat’ adalah dimaksudkan kepada 3 surah pendek iaitu surah Al Ikhlas, Al-Falaq dan An Naas sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Hajar Al Asqolani. (Fathul Bari, 9 / 62)
.
.
2.  Solat Sunat Fajar (Qobliyah Subuh)
Surah Al-Ikhlas dianjurkan dibaca bersama surah Al-Kafirun ketika mengerjakan Solat Sunat Fajar (Qobliyah Subuh). Surah Al-Kafirun dibaca pada rakaat pertama selepas membaca Al-Fatihah, manakala surah Al-Ikhlas dibaca pada rakaat kedua.
.
Dari ‘Aisyah radhiyallahu’ anha, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
نِعْمَتِ السُّوْرَتَانِ يَقْرَأُ بِهِمَا فِي رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الفَجْرِ : { قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ } وَ { قُلْ يَا أَيُّهَا الكَافِرُوْنَ
“Sebaik-baik surah yang dibaca ketika dua rakaat Qobliyah Subuh adalah ‘Qul Huwallahu Ahad’ (surah Al-Ikhlas) dan ‘Qul Yaa Ayyuhal Kaafirun’ (surah Al Kafirun).”  (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Mas’ud).
.
.
3.  Waktu Pagi Dan Petang.Bagi memperolehi keselamatan dari segala sesuatu / keburukan, kita disarankan membaca surah Al-Ikhlas bersama-sama dengan ‘Maw’idzatain’ (surah Al-Falaq dan surah An-Naas) pada waktu pagi dan petang, setiap satunya sebanyak tiga kali.

*ISTIGHFAR*

*ISTIGHFAR*
••••••••••••••••••••••••••
Imam Ahmad bin Hambal Rahimakumullah (murid Imam Syafi'i) dikenal juga sebagai Imam Hambali. Di masa akhir hidupnya beliau bercerita;

Suatu waktu (ketika saya sudah usia tua) saya tidak tau kenapa ingin sekali menuju satu kota di Iraq. Padahal tidak ada janji sama orang dan tidak ada keperluan.

Akhirnya Imam Ahmad pergi sendiri menuju ke kota Bashrah. Beliau bercerita;
Begitu tiba di sana waktu Isya', saya ikut shalat berjamaah isya di masjid, hati saya merasa tenang, kemudian saya ingin istirahat.

Begitu selesai solat dan jamaah bubar, Imam Ahmad ingin tidur di masjid, tiba-tiba penjaga masjid datang menemui Imam Ahmad sambil bertanya; "Kenapa kamu di sini, syaikh?."

Penjelasan

Kata "syaikh" boleh digunakan untuk 3 panggilan:
1⃣untuk orang tua,
2⃣orang kaya atau pun
3⃣orang yg berilmu.
Panggilan Syaikh dikisah ini panggilan sebagai orang tua, karena penjaga tu memanggil hanya sebagai orang tua.

Penjaga masjid itu tidak tau yang lelaki itu adalah Imam Ahmad. Dan Imam Ahmad pun tidak memperkenalkan dirinya.

Di Iraq, semua orang kenal siapa Imam Ahmad, seorang ulama besar & ahli hadits, sejuta hadits dihafalnya, sangat shalih & zuhud. Zaman itu tidak ada kamera / gambar sehingga orang tidak tau wajahnya, cuma namanya sudah terkenal.

Imam Ahmad menjawab, "Saya ingin istirahat, saya musafir."
Kata penjaga tu, "Tidak boleh, tidak boleh tidur di masjid."

Imam Ahmad bercerita,
"Saya diusir oleh orang itu, disuruh keluar dari masjid, Setelah keluar masjid, dikuncinya pintu masjid. Lalu saya ingin tidur di birai masjid."

Ketika sudah berbaring di birai masjid Penjaganya datang lagi, marah-marah kepada Imam Ahmad. "Kamu nak apa lagi syaikh?". Kata penjaga itu.
Sy nak tidur, saya musafir", kata Imam Ahmad.

Lalu penjaga masjid berkata;
"Di dalam masjid tidak boleh, di birai masjid juga gak boleh." Imam Ahmad diusir. Imam Ahmad bercerita, "Saya diusir sampai jalanan."

Di samping masjid ada penjual roti (rumah kecil sekaligus untuk membuat & menjual roti). Penjual roti ini sedang membuat adunan, sambil melihat kejadian imam Ahmad diusir oleh penjaga masjid tadi.

Ketika Imam Ahmad sampai di jalanan, penjual roti itu memanggil dari jauh; "Mari syaikh, anda boleh nginap di tempat saya, saya punya tempat, meski pun kecil."

Kata Imam Ahmad, "Baik". Imam Ahmad masuk ke rumahnya, duduk di belakang penjual roti yg sedang membuat roti (dengan tetap tidak memperkenalkan siapa dirinya, hanya bilang sebagai musafir).

Penjual roti ini punya perilaku baik dan memuliakan tetamu. Kalau Imam Ahmad mengajak bersembang, pasti dijawabnya. Kalau tidak, dia terus membuat adunan roti sambil *(terus-menerus)* melafazkan *ISTIGHFAR.* _"Astaghfirullah"_

Saat meletakkan garam, _astaghfirullah_, memecah telur, _astaghfirullah_ ,  mencampur gandum _astaghfirullah_. Dia senantiasa mengucapkan _istighfar_. Sebuah kebiasaan mulia. Imam Ahmad terus memerhatiknnya.

Lalu imam Ahmad bertanya, _"Sudah berapa lama kamu lakukan ini?"_

Orang itu menjawab;
"Sudah lama sekali syaikh, saya menjual roti sudah 30 tahun, jadi semenjak itu saya lakukan."

Imam Ahmad bertanya;
"Apa hasil dari perbuatan mu ini?"

Orang itu menjawab;
"(lantaran wasilah istighfar) Tidak ada hajat / keinginan yg saya minta, kecuali PASTI dikabulkan Allah. Semua yg saya minta ya Allah... pasti saya akan dapat"

Rasulullah
صلى الله عليه وسلم
pernah bersabda;

"Siapa yg menjaga istighfar, maka Allah akan menjadikan jalan keluar baginya dari semua masalah dan Allah akan berikan rezeki dari jalan yg tidak disangka-sangkanya."

Lalu orang itu melanjutkan, "Semua dikabulkan Allah kecuali satu, masih satu yg belum Allah beri."

Imam Ahmad penasaran lantas bertanya;
"Apa itu?"

Kata orang itu;
"Saya minta kepada Allah supaya dipertemukan dengan Imam Ahmad."

Seketika itu juga Imam Ahmad bertakbir, "Allahu Akbar..! *Allah telah mendatangkan saya jauh dari Bagdad pergi ke Bashrah dan bahkan - sampai diusir oleh penjaga masjid - Sampai ke jalanan, ternyata karena ISTIGHFAR MU."*

Penjual roti itu terperanjat, memuji Allah, ternyata yg di depannya adalah Imam Ahmad.

Ia pun langsung memeluk & mencium tangan Imam Ahmad.

(SUMBER: Kitab Manakib Imam Ahmad)

Wallahu a'lam

Saudara ku & Sahabat ku tercinta... Mulai detik ini - marilah senantiasa kita hiasi lisan kita dengan ISTIGHFAR - bila mana dan di mana pun kita berada.

Jangan biarkan posting ini terputus,

...dan JANGAN SAMPAI ilmu yang SANGAT PENTING ini TIDAK DIAMALKAN OLEH MASING-MASING DIRI KITA...

Semoga Allah merahmati kita semua, Aamiin...

Tuesday 13 September 2016

*FAKTA PELAJAR UNIVERSITI PERLU TAHU*

*FAKTA PELAJAR UNIVERSITI PERLU TAHU*

Tahukah anda bahawa :

1. Seseorang pelajar boleh habiskan hampir satu juz Al-Quran sementara menunggu bas atau semasa perjalanan dalam bas ke kuliah daripada termenung sambil stress menunggu bas datang?

2. Seseorang pelajar boleh cari kelapangan rezekinya dengan menunaikan solat Dhuha 2 rakaat sementara menunggu lecturer masuk daripada main game candy crush?

3. Seseorang pelajar dapat pahala berganda dengan hanya 100x kali istighfar semasa naik tangga hingga aras 4 kolej daripada bergosip bercerita hal kawan?

4. Seseorang pelajar boleh habiskan mathurat pagi sementara menunggu waktu rehat habis daripada habiskan waktu dengan mendengar lagu lagha?

5. Seseorang pelajar perempuan juga boleh jimatkan masa untuk solat di surau kerana berpakaian menutup aurat dengan sempurna tanpa menggunakan telekung?

6. Seseorang pelajar dapat elakkan pembaziran wang setiap hari dengan minum air kosong dalam botol air?

7. Seorang pelajar dapat habiskan 33x kali zikir dalam perjalanan ke kuliah?

8. Seorang pelajar dapat lepaskan stress assignment dengan turun solat berjemaah di surau?

9. Seseorang pelajar dapat siapkan assignment dalam masa yang ditetapkan bila tidak habiskan masa dating dengan pakwe/makwe je...?

10. Seseorang pelajar dapat fasih english bila selalu praktikkan dalam kehidupan seharian tanpa menghiraukan pandangan orang?

Dan banyak lagi fakta bermanfaat yang pelajar universiti perlu tahu.

Rasulullah SAW bersabda:

_“Dua nikmat yang sering disalahgunakan oleh manusia adalah kesihatan dan masa yang terluang.” (HR Bukhari)_

Peringatan Rasulullah SAW ada benarnya. Keperluan kita dalam mengurus masa dengan bijak amatlah penting. Masakan tidak, Iman Hasan Al Banna ada menyebut:
“Kewajipan dan tanggungjawab yang harus kita laksanakan lebih banyak dari masa yang kita miliki.”

Siapakah seseorang pelajar itu?
InshaAllah, andalah insan bertuah itu.
Aminn..😊

#kongsikan dkt org lain. InshaAllah dpt saham akhirat

Wednesday 18 May 2016

TANGISAN RASULULLAH DI MAHSYAR

TANGISAN RASULULLAH DI MAHSYAR

"Tuhanku, Penguasaku, Penghuluku, aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dari-Mu”

Pernahkah terbayang olehmu, seorang lelaki mulia, yang hidup di tengah kematian demi kematian orang yang dicintainya. Ia diasingkan kaumnya, terusir dari tanah airnya. Ia dihina, disakiti, tapi tinggi tangannya terangkat memohon “Ya Allah, jika mereka tidak menerima da’wah, jadikanlah anak keturunan mereka kelak orang-orang yang menyembah-Mu”.

Pernahkah terbayang olehmu, seorang lelaki mulia..yang harus mengikat batu di perutnya demi menahan lapar. Ia akan makan di lantai layaknya seorang hamba, padahal raja-raja dan para kaisar memandang penuh iri pada kekokohan masyarakat dan kesetiaan pengikutnya. Beliau, Lelaki Mulia itu, Muhammad Bin Abdullah, Rasulullah SAW.

Pernah suatu ketika Beliau SAW bersabda: “Setiap Nabi memiliki satu do’a yang tidak akan tertolak. Dan aku menyimpannya untuk umatku di padang Mahsyar nanti”. Duhai.. betapa beliau begitu mencintai umatnya, kita. Bahkan saat sedang menahan dahsyatnya sakaratul maut, yang Ia khuatirkan hanya umatnya.

Disebutkan dalam sebuah hadist, dari Abbas Ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang pertama kali dibangkitkan dari kubur di hari kiamat nanti adalah Muhammad SAW”. Jibril akan datang padanya dengan membawa buraq, Israfil datang membawa bendera dan mahkota, Izrail datang dengan membawa pakaian-pakaian syurga.

Israfil bersuara “Wahai Roh yang baik, kembalilah ke tubuh yang baik, maka kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mulai terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, beliau membuang tanah di atas kepala dan janggutnya. Beliau melihat kanan dan kiri, didapati tiada lagi bangunan. Rasulullah SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Beliau SAW bersabda “Kekasihku Jibril, gembirakanlah aku”
Jibril berkata “Lihatlah apa yang ada di hadapanmu”
Rasulullah bersabda “Bukan seperti itu pertanyaanku”
Jibril kembali berkata “Adakah kau tidak melihat bendera kepujian yang terpasang di atasnya”
Rasulullah SAW bersabda “Bukan itu maksud pertanyaanku, aku bertanya kepadamu akan umatku. Dimana perjanjian mereka? Niscaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafa'atkan umatku”

Jibril menyeru “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ketempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Ta’ala”. Umat-umat datang dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, Beliau SAW akan bertanya, “Di mana umatku?”. Jibril berkata "Wahai Muhammad, umatmu adalah umat yang terakhir".

Apabila Nabi Isa As datang, Jibril menyeru “Tempatmu!” maka Nabi Isa dan Jibril menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata “Mengapa kamu berdua menangis?”
Jibril berkata “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”. Nabi Muhammad kembali bertanya “Di mana Umatku?” Jibril berkata “Mereka semua telah datang, mereka berjalan lambat dan perlahan. Saat mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya “Wahai Jibril, bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”, Jibril menjawab “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW”

Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa, mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru “Wahai Muhammad”. Nabi Muhammad SAW bersabda “Wahai Umatku”, mereka berkumpul di sisinya sambil menangis.

Allah Ta’ala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi, “Di mana umat Muhammad SAW”. Jibril berkata “Mereka adalah sebaik-baik umat”. Allah SWT berfirman “Wahai Jibril, katakanlah pada kekasih-Ku Muhammad SAW bahwa umatnya akan datang ditayangkan di hadapan-Ku”. Jibril kembali dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad, umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah SWT. Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata “Sesunggguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah SWT”

Allah SWT berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini aku akan memuliakan sesiapa yang mentaati-Ku dan aku akan mengazab sesiapa yang durhaka terhadap-Ku”.

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru “Tuhanku, Penguasaku, Penghuluku, aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dari-Mu”.

Ketika itu juga neraka jahanam berseru “Siapakah yang memberi syafa’at pada umatnya?” neraka pun berseru “Wahai Tuhanku, Penguasaku, Penghuluku. Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari siksa. Selamatkan mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyiksaanku dan azabku, sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah, mereka tidak akan sabar dengan penyiksaan.

Nabi Muhammad lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, Rasulullah SAW sujud di hadapan arsy Allah Swt. Dan sekali lagi beliau ruku untuk memberi syafa'at bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya, mereka berkata “Maha Suci Allah, hamba yang paling dimuliakan Allah ini begitu mengambil berat keadaan umatnya.

Fatimah bertanya, “Di mana kelak aku hendak mendapatimu di hari kiamat, wahai ayahku”
Rasulullah menjawab, “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga, ketika aku sedang memberi minum umatku. Tatkala Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Rasulullah untuk mendapat syafa'at pada hari kiamat. Mariam, Aisyah, Khadijah dan Fatimah sedang duduk, ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad, dia berkata “Ini Umat Nabi Muhammad, mereka telah sesat dari Nabi mereka”. Rasulullah mendengar perkataan Mariam, semakin sedih. Nabi Adam berkata kepada Nabi Muhammad SAW “Ini umatmu wahai Muhammad, mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafa'at”.

Nabi Muhammad menjerit dari atas mimbar lalu bersabda “Marilah kepadaku wahai umatku, wahai siapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku senantiasa memohon kepada Allah untukmu”. Umat Nabi Muhammad berkumpul di sisinya.

Ketika di atas sirat, Nabi Muhammad bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik, dengan kebenaran Allah Ta’ala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melintas. Jika tidak hati mereka akan gemetar apabila melihatmu”. Nabi Muhammad berhenti di atas sirat, setiap kali ia melihat ada umatnya yang bergayut dan hampir terjatuh, Beliau akan menarik tangannya dan membangunkannya kembali, Beliau bersabda “Tuhan, selamatkan mereka”.

Betapa Cintanya Rasulullah SAW pada kita.

~ Ustaz Iqbal Zain ~

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Adab menegur

*"Adab Menegur Guru*

_TEGURAN RAHSIA SEORANG GURU_
         
Harun ibn ‘Abdillah, seorang ulama Ahli Hadith yang juga pedagang kain di Kota Baghdad bercerita:

Suatu hari, larut malam .. pintu rumahku di ketuk.

“Siapa..?”, tanyaku.

“Ahmad”, jawab orang di luar perlahan.

“Ahmad yang mana..?” tanyaku makin penasaran.

“Ibn Hanbal”, jawabnya perlahan.

SubhanaLLAH, itu guruku..!, kataku dalam hati.

Maka kubuka pintu.

Kupersilakan beliau masuk, dan kulihat beliau berjalan terjingkit-jingkit, seolah tidak ingin terdengar langkahnya.

Saat kupersilakan untuk duduk, beliau menjaga agar kerusinya tidak berderit mengeluarkan bunyi.

“Wahai guru, ada urusan yang penting apakah sehingga dirimu mendatangiku selarut ini?”

“Maafkan aku ya Harun.  Aku tahu biasanya engkau masih terjaga meneliti Hadith selarut ini, maka aku pun memberanikan diri mendatangimu. Ada hal yang mengusik hatiku sedari siang tadi.”

Aku terkejut.

"Sejak siang..? Apakah itu wahai guru?”

“Mmmm begini…” suara Ahmad ibn Hanbal sangat pelan, nyaris berbisik.

" _Siang tadi aku lalu di samping Majlismu_, _saat engkau sedang mengajar murid-muridmu_.
_Aku saksikan murid-muridmu terkena terik sinar mentari saat mencatat Hadith-hadith_, _sementara dirimu bernaung di bawah bayangan pepohonan_.
_Lain kali_, _janganlah seperti itu wahai Harun_.
_Duduklah dalam keadaan yang sama sebagaimana murid-muridmu duduk_ ..!"

Aku tercengang , tak mampu berkata…

Maka beliau berbisik lagi, lalu minta izin balik dan melangkah kaki terjingkit2 dan menutup pintu dgn hati-hati.

Masha'ALLAH .....

Inilah guruku Ahmad ibn Hanbal, begitu mulianya akhlak beliau dalam menyampaikan nasihat.

Beliau boleh saja membetulkan kesalahanku saat melintasi Majlisku.

Tapi itu tidak dilakukannya demi menjaga wibawaku di hadapan murid-muridku.

Beliau juga rela menunggu hingga larut malam agar tidak ada orang lain yang mengetahui kesalahanku.

Bahkan beliau berbicara dengan suara yang sangat pelan dan berjingkat saat berjalan, agar tidak ada anggota keluargaku yang terjaga.

Lagi-lagi demi menjaga wibawaku sebagai imam dan teladan bagi keluargaku.

Teringat perkataan Imam Asy Syafi’e :

“Nasihati aku saat sendiri, jangan di saat ramai dan banyak saksi. Sebab nasihat di tengah khalayak, terasa hinaan yang membuat hatiku pedih dan koyak; Maka maafkan jika hatiku berontak.”

_Mudah2an bermanfaat untuk kita semua_